Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Formula 1: Verstappen Kejutkan Hamilton

Kongsikan Artikel Ini

IMOLA, 18 April – Pelumba Red Bull, Max Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna yang dibayangi kemalangan sebentar tadi, dengan juara bertahan, Lewis Hamilton dari Mercedes di tempat kedua.

Saingan di litar Imola itu menyaksikan Verstappen yang memenangi perlumbaan pertamanya musim ini, unggul dengan catatan masa 2 jam 2 minit 34.598 saat.

Pelumba Britain, Hamilton yang bangkit daripada kesilapan ketika perlumbaan, berjaya menamatkan saingan 22 saat di belakang Verstappen.

Saingan di atas trek kering basah itu menyaksikan ia diberhentikan sementara di tengah perlumbaan susulan kemalangan antara Valtteri Bottas dan George Russel.


Lando Norris dari McLaren melengkapkan podium apabila menamatkan perlumbaan 23.702 saat di belakang Verstappen.

“Ia sangat mencabar dalam saingan tadi terutama pada awal saingan. Saya fikir kami telah bekerjasama dengan baik untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

“Bagaimanapun saya mengalami sedikit masalah semasa memulakan saingan, tetapi tidak mengapa.

“Perjalanan masih jauh dan saya mahu kekalkan momentum sebegini dan sentiasa tenang,” kata pelumba dari Belanda, Verstappen selepas tamat perlumbaan. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER