Antarabangsa

AS Mesti Gerakkan Pembaharuan Dasar

Kongsikan Artikel Ini

BROOKLYN, 18 April – Ahli Kongres berjawatan tinggi, Maxine Waters, menggesa perubahan membabitkan dasar di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata demikian selepas turut menyertai tunjuk perasaan yang berlarutan selama tujuh malam berturut-turut di pinggir bandar Minneapolis susulan kematian lelaki muda berkulit hitam, Daunte Wright, 20, yang ditembak polis wanita berkulit putih.

“Dasar mesti diubah. Kita perlu lihat semula bagaimana untuk tangani masalah dalam masyarakat apabila orang muda dengan warna kulit tertentu dibunuh oleh polis yang dibayar untuk melindungi dan berkhidmat untuk semua,” katanya ketika mempengerusikan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Rumah AS, semalam sebelum perintah berkurung pada 11 malam.

Waters yang juga Ahli Demokrat dari California, berucap kepada hampir 300 orang di luar Balai Polis Brooklyn Center.

Berbanding tunjuk perasaan pada Jumaat yang bertukar ganas dengan sekurang-kurangnya 100 individu ditahan termasuk wartawan, perhimpunan semalam dilihat lebih aman.

Penunjuk perasaan berdiri di tepi pagar sekitar balai polis, sambil melaungkan ‘Shut It Down’ dan mengibarkan bendera ‘Black Lives Matter’, tetapi tidak bertindak menceroboh atau menimbulkan sebarang kekacauan.

“Kami berada di sini kerana sudah bosan dengan kekejaman polis apabila ada pemuda kulit hitam yang terkorban tanpa sebarang alasan kukuh,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Joel Reeves, kepada AFP.

Wright ditembak mati di keretanya selepas polis veteran, Kim Potter tersilap menyangka pistolnya adalah taser.

Potter ditahan Rabu lalu atas tuduhan membunuh dan berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan itu.

Ketegangan kaum sudah memuncak di bandar barat tengah AS yang kini mendengar perbicaraan polis kulit putih yang dituduh membunuh George Floyd, yang menimbulkan gerakan nasional atas ketidakadilan kaum. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version