Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

F1: Hamilton Sambar Petak Pertama Ke-99 Di Imola

Kongsikan Artikel Ini

IMOLA, 17 April – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menyambar petak utama buat kali ke-99 sepanjang kerjayanya, apabila muncul catatan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di sini, sebentar tadi.

Petak kedua menjadi milik pemandu Red Bull, Sergio Perez manakala Max Verstappen yang menduduki tangga kedua GP Bahrain bulan lalu, akan bermula di petak ketiga.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc menduduki petak keempat mengatasi Pierre Gasly, Daniel Ricciardo dan Lando Norris.

Rakan sepasukan, Hamilton, Valtteri Bottas hanya mampu menduduki tempat kelapan manakala Esteban Ocon dan Lance Stroll melengkapkan 10 teratas.

Perlumbaan menakjubkan dari Hamilton sudah diduga apabila mencatat masa sepusingan terpantas sejak sesi latihan bebas kedua dan ketiga.

Perlumbaan sebenar akan diadakan jam 3 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) esok.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER