Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Hadi: PAS Tolak Kerjasama Dengan Parti Melayu Liberal

Kongsikan Artikel Ini

PAS menolak kerjasama dengan parti politik Melayu liberal, tidak kira sama ada dalam Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Majlis Ulama PAS terbuka untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana parti politik Melayu-Islam namun tidak akan bertolak ansur dengan parti yang disifatkan liberal.

“Parti politik Melayu yang liberal kita tolak. Ini dalam kedua-dua Muafakat Nasional dan PN,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan kuliah dhuha secara dalam talian di Masjid Rusila, menurut laporan Sinar Harian.

Hadi bagaimanapun tidak menghuraikan kenyataan itu. Umno adalah sekutu PAS dalam MN, manakala Bersatu adalah rakan parti komponen PAS dalam PN.

Beliau sebelum ini memaklumkan PAS menangguhkan rundingan pengagihan kerusi dengan Umno namun meneruskan perbincangan itu dengan Bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, ketika mengulas perkembangan terkini perbincangan agihan kerusi antara PAS, Umno, dan Bersatu, Hadi memaklumkan partinya meminta Umno menyelesaikan masalah dalaman dan menetapkan hala tuju jelas bagi membolehkan perbincangan agihan kerusi yang tertangguh dapat diteruskan dalam menghadapi PRU15.

Beliau berkata, PAS tidak menghentikan rundingan bersama Umno namun parti itu mengambil pendirian berbincang dengan Bersatu selagi kemelut Umno tidak menemui penamat.

“Ia (agihan kerusi) baru di peringkat awal, dengan Umno kita masih ada hubungan.

 

 

Media sebelum ini melaporkan PAS menghentikan sementara rundingan pembahagian kerusi PRU15 dengan Umno dan ketika ini rundingan yang ada hanyalah dengan Bersatu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER