Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Esok Harga Ayam Naik Lagi 30 Sen. Tahniah PN!

Kongsikan Artikel Ini

GEORGETOWN, 16 April – Harga ayam segar di pasar basah di sini kini berharga antara RM10.50 hingga RM12 sekilogram.

Harga ayam sudah meningkat sekurang-kurang enam kali, 30 sen setiap kali sejak hujung bulan lalu.

Malah, harga dijangka naik lagi 30 sen mulai esok.

Peniaga ayam, A T Lim, 40-an, berkata mereka tidak pasti punca kenaikan harga terbabit, tetapi menjelaskan mereka menerima bekalan daripada pembekal pada harga antara RM9.50 hingga RM10 sekilogram.

“Terdapat banyak kenaikan sejak bulan lalu. Namun, kami tiada pilihan selain menetapkan harga runcit pada RM10.50 sekilogram atau harga lebih tinggi lagi.

“Memang setiap kali Ramadan harga ayam akan naik, tetapi ini yang paling tinggi,” katanya ditemui hari ini.

Lim berkata, disebabkan harga yang tidak berpatutan, ramai pelanggan tidak membeli ayam.

“Dalam kes saya, perniagaan saya merosot hingga 30 peratus, tetapi apa pilihan yang saya boleh buat? Bukan saya buat keuntungan besar,” katanya.

Peniaga lain ketika ditemui, mengatakan harga sekilogram ayam naik hingga 100 peratus berbanding harga tahun lalu.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, sedang meneliti punca kenaikan ayam segar dan makanan basah lain di negeri ini.

Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP, Peter J Berinus Agang, berkata anggotanya melaporkan terdapat kenaikan harga terutama ayam segar di kebanyakan pasar basah sejak dua hari lalu.

“Kami meneliti semua pengeluar, pembekal dan peniaga bagi mengetuai puncanya. Kami jugak akan terus memantau keadaan bagi memastikan tiada kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER