Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Sokongan Makin Pulih Selepas Langkah Sheraton

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 15 Apr – DAP Selangor tidak menafikan percaturan politik Langkah Sheraton sejak Februari tahun lalu sedikit banyak memberi kesan kepada tahap kepercayaan rakyat khususnya masyarakat Cina kepada Pakatan Harapan (PH).

Naib Pengerusinya, Ng Suee Lim bagaimanapun berkata, ia tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu malah semakin bertambah menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Tidak, berdasarkan senario terkini sokongan rakyat terhadap PH dan DAP nampaknya semakin baik, bertambah baik jika dibandingkan ketika krisis Langkah Sheraton dan sekarang makin pulih kembali.

“Rakyat memberi keyakinan tinggi kepada PH dan DAP dan sokongan ini bukan sahaja masyarakat Cina, Melayu dan India bahkan termasuk Sabah Sarawak

“Saya yakin trend ini akan terus berkembang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suee Lim yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor menjangka PH masih mempunyai peluang untuk kembali ke Putrajaya susulan muafakat antara parti komponen semakin kukuh.

“Peluang memang ada, masih cerah tapi pra syaratnya PH kena muafakat di antara komponen bertambah kukuh, hubungan makin akrab dan dapat merangka hala tuju yang lebih jelas,” katanya.

Katanya lagi, golongan muda lebih cenderung memberi peluang kepada parti yang benar-benar dapat memenuhi keperluan termasuk peluang pekerjaan dan kebajikan terbela.

“Kini rakyat khususnya anak muda melihat parti yang mana boleh menawarkan masa hadapan yang baik buat mereka. Saya yakin sekiranya kita dapat kekalkan kerjasama erat, muafakat, bersatu padu di antara komponen.

“Ini akan meyakinkan rakyat bahawa kita akan lebih bersedia membawa perubahan kepada rakyat,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER