Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Serpihan Peluru Berpandu Cetus Kebakaran Kampus

Kongsikan Artikel Ini

RIYADH, 15 April – Serpihan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Huthi Yaman ke Arab Saudi mengakibatkan kebakaran kecil di kampus universiti di selatan negara itu, kata gabungan tentera pimpinan Riyadh yang beroperasi di Yaman.

Pertahanan udara Arab Saudi memintas lima peluru berpandu balistik dan empat dron yang dilancarkan pemberontak Yaman semalam dan pagi tadi, menurut gabungan itu.

Peluru berpandu itu berjaya dimusnahkan dan dron dihantar dari provinsi Sa’ada di Yaman, kubu kuat pemberontak di utara negara itu, menuju bandar Jizan, Arab Saudi, kata jurucakapnya, Turki al-Maliki.

“Serpihan jatuh di kampus Universiti Jizan, menyebabkan kebakaran kecil yang berjaya dikawal dan tiada korban jiwa,” kata jurucakap itu, memetik agensi berita rasmi SPA Arab Saudi.

Maliki mengutuk serangan udara Huthi yang semakin meningkat terhadap sasaran orang awam, memberi amaran bahawa tindakan bermusuhan ini satu jenayah perang.

Jurucakap Huthi di ibu kota utara Sanaa memaklumkan 11 peluru berpandu dan dron menyasarkan kemudahan milik syarikat minyak Arab Saudi, Aramco.

Bateri antipeluru berpandu dan kemudahan sensitif lain juga disasarkan oleh Huthi ke Jizan, kata jurucakap tentera pemberontak menurut televisyen Huthi, Al-Masirah.

Isnin lalu, pihak Huthi mengaku melakukan serangan terhadap Arab Saudi, dengan menyatakan mereka sudah melancarkan 17 dron dan peluru berpandu di pelbagai sasaran termasuk kemudahan Aramco.

Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengesahkan serangan terhadap kemudahan minyaknya pada masa itu.

Namun, gabungan itu menunjukkan bahawa enam dron yang dilancarkan dari Yaman berjaya dipintas, tanpa menyebutkan ada korban.

Arab Saudi mengetuai gabungan tentera beberapa negara dalam konflik Yaman sejak 2015, untuk menyokong pemerintah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Banyak laporan serangan oleh pemberontak di kemudahan Aramco, lapangan terbang dan sasaran awam lain dalam tempoh beberapa bulan terakhir ini – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER