Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Audio “Anwar-Zahid”: Cara-cara Memulakan Siasatan..!

Kongsikan Artikel Ini
 Aki Rock nak bagi kursus cara-cara memulakan siasatan kepada IGP Hamid Bador. Mungkin IGP terlupa cara-cara nak menyisat.
1. IGP kena siasat siapa yang pertama menularkan Audio tersebut di Media Sosial.
2. Sudah dapat orang itu lakukan soal siasat ke atas orang itu adakah dia yang merakam audio tersebut, atau dari mana dia dapat audio tersebut.
3. Kalau benar dia yang rakam siasat bagaimana cara dia rakam. Dari situ siasat ketulinan rakaman tersebut. Kalau benar itu perbualan Anwar & Zahid maka siasatan diteruskan ke atas orang itu bukan ke atas Anwar dan Zahid. Bila rakaman dibuat, bagaimana rakaman dibuat, teknologi yang digunakan. Motif rakaman dibuat. Siasat adakah orang itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang negara kerana merakam dan mengintip perbualan telefon pihak lain. Sama ada perbuatannya melanggar hak asasi dan privasi orang lain. Jika terbukti dia telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang teruskan dengan proses pendakwaan di mahkamah. Tak perlu pun siasat Anwar & Zahid kerana tiada unsur jenayah dalam perbualan tersebut. Itu perbualan biasa di kalangan ahli politik. Serupa perbualan telefon tok imam bercanda dengan janda. Bukan ada unsur jenayah pun.
4. Jika bukan orang yang menular itu yang merakam perbualan tersebut maka teruskan siasatan dengan memburu siapa yang merakam. Sudah dapat orang merakam sila teruskan siasatan seperti di para 3 dan siasatan berakhir dengan pendakwaan. Walau bagaimanapun orang yang menularkan audio tersebut juga perlu disiasat motif dia menularkan. Jika ada unsur kesalahan maka dia juga perlu didakwa di mahkamah.
5. Jika audio itu tidak tulin dan/atau suara Anwar-Zahid juga palsu maka siasat siapa yang bertanggungjawab. Sudah dapat orang yang bertanggungjawab, siasat siapa yang berlakon dalam audio tersebut, maka dakwa mereka di mahkamah.
6. Anwar & Zahid tidak perlu disiasat pun. Kedua-dua mereka sudah menafikan itu perbualan mereka. Mereka berdua boleh dipanggil membantu siasatan dengan membuat ujian pengesanan suara sama ada benar atau tidak perbualan itu suara mereka. Sama ada itu benar-benar perbualan mereka atau tidak, isi kandungan perbualan itu tetap tidak ada unsur jenayah.
7. Sekian sahaja kursus siasatan “Audio Suara Anwar-Zahid” untuk IGP Hamid Bador dan seluruh pasukan penyiasat.
8. Kepada IGP Hamid Bador saya seru bertungkus lumuslah menyiasat Kartel PDRM dan mendakwa mereka di mahkamah. Siasat dan burulah Jho Low. Siasat dan burulah para perasuah tanpa mengira mereka siapa. Pulihkan integriti PDRM yang semakin tercalar.
9. Akhir sekali saya ulangi untuk peringatan IGP Hamid Bador sama ada audio itu tulin mahupun tidak, sama ada suara itu tulin mahupun tidak, tetap tiada unsur jenayah dalam perbualan itu. Anwar dan Zahid tidak bersalah.
Sekian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER