Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Britain Berkabung Susulan Kemangkatan Putera Philip

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 10 April – Kematian Putera Philip pada usia 99 tahun lewat petang semalam waktu Malaysia menjadi kehilangan besar kepada Ratu Elizabeth II yang menyifatkan mendiang suaminya sebagai tonggak kekuatan dirinya selama ini.

Istana Buckingham dalam kenyataan berkata, Ratu Elizabeth mengumumkan pemergian Duke Of Edinburgh itu sebagai ‘kesedihan yang amat mendalam buat suami tercinta’.

“Keluarga Diraja bersama seluruh masyarakat bersedih dengan kematian Putera Philip,” kata kenyataan itu.

Putera Philip meninggal dunia di Istana Windsor yang terletak di barat London semalam.

Dalam rakaman awal disiarkan menerusi program khas BBC, anakanda Putera Philip mengenang pencapaian seumur hidup ayahanda mereka.

“Putera Philip seorang yang tegas. Jika anda mengatakan sesuatu yang tidak jelas, beliau akan terus meminta anda membuat keputusan,” kata anak sulungnya dan pewaris takhta, Putera Charles.

Puteri Anne pula menyifatkan ayahandanya seorang yang suka melakukan sesuatu dengan penuh fokus.

Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson menyifatkan Putera Philip sebagai individu yang dikasihi semua peringkat generasi selepas berkhidmat di Tentera laut Diraja dan selama lapan dekad di samping Ratu.

“Sebagai sebuah negara, kami mengucapkan terima kasih di atas tugas luar biasa Putera Philip,” katanya.

Susulan kematian Putera Philip, tempoh berkabung sebelum upacara pengebumian belum ditetapkan namun lazimnya ia selama lapan hari walaupun tarikh rasmi belum diumumkan.

Sebagai tanda penghormatan, kempen politik bagi pilihan raya tempatan Mei ini ditangguhkan malah gambar Putera Philip dipaparkan di mercu tanda London’s Piccadilly Circus.

Bendera di bangunan awam turut dikibarkan separuh tiang selain persiapan protokol termasuk bunyi loceng serta penghormatan senjata. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER