Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Datuk Ayop Khan: Ada Selindung Kegiatan Rasuah Di Sebalik Amal Ibadah

Kongsikan Artikel Ini
KUALA LUMPUR: Sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sembahyang tidak tinggal dan bergelar ‘Haji’ tergamak untuk memakan wang haram.
Namun itulah realitinya manusia hari ini.
Namun tidak di mata polis seperti Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Kata Ketua Polis Johor itu, watak sebegitu sudah banyak dikesan.
“Orang Malaysia kita ini ada kecenderungan bila nampak orang derma sahaja, (perbuatan) yang lain tertutup.
“Kita nampak seseorang itu pernah terlibat dengan itu dan ini tetapi ada gelaran, rumah besar, duit banyak sampai bertabur atas lantai.
“Takkan tak terdetik persoalan ‘dari mana dia dapat duit banyak begitu? Dia bisnes apa?” jelasnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada antara orang yang kelihatan alim serta sering bersedekah dan menderma itu sekadar wayang semata-mata.
“Jika kita membuka mata untuk memerhati dan membaca setiap perincian yang dipamer dalam gerak tubuh dan tutur katanya, kita akan ketahui siapa sebenarnya yang berselindung di sebalik topeng itu.
“Contohnya, duit rasuah pergi haji. Dia ambil rasuah banyak-banyak, RM3 ke RM4 juta setahun, dan tiap-tiap tahun dia pergi menunaikan haji. Lepas itu dia minta ampunlah.
“Balik, minta rasuah lagi. Tahun depan pergi haji lagi. Betul? Ada karakter macam itu, kan?” soalnya kembali.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania