Negeri

Polis Beri Amaran Batal Lesen Jika…

Kongsikan Artikel Ini

LAHAD DATU, 4 April – Sebuah bot pukat tunda bakal berdepan tindakan sita, selain lesen dibatalkan, selepas dikesan mengulangi kesalahan menangkap ikan di zon larangan, kata Pasukan Polis Marin (PPM).

Menurut laporan, bot berkenaan didapati melakukan kesalahan melanggar syarat lesen perikanan itu di perairan Laut Pulau Sakar di sini, semalam.

Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Sudirman Latip Karim dipetik sebagai berkata, bot nelayan tempatan itu dikesan berada di kedudukan kurang dua batu nautika dari pesisir pantai, ketika rondaan Op Benteng Covid-19.

“Hasil pemeriksaan mendapati ia bot sama yang melakukan kesalahan serupa sebelum ini. Susulan itu bot dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan kompaun RM500 kepada pemilik kapal bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua RM1,000 dan kesalahan ketiga RM1,500.

Sudirman berkata, lesen perikanan boleh dibatalkan dan bot disita jika kesalahan sama diulang.

Beliau meminta orang awam melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang kepada pihaknya dengan menghubungi markas operasi di talian 013-9808084.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version