Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Uncategorized

Ketua AMK Malaysia Adakan Siaran FB Live Petang Esok

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 3 April – Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Akmal Nasir akan bersiaran di saluran Facebook Live esok jam 5.30 petang.

Ahli parlimen Johor Bahru itu akan bersama pembeli rumah PR1MA di Port Dickson, Negeri Sembilan setelah menerima aduan dan maklumat daripada mereka.

Beberapa projek perumahan itu yang dikunjungi beliau seperti di Tebrau dan Melaka Tengah telah membuka mata kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenai nasib dan kesusahan yang dialami mereka.

Kira-kira 20 projek PR1MA seluruh negara dianggap ‘sakit’ dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan pembeli mula resah tentang pembayaran bulanan rumah mereka sedangkan rumah yang dijanjikan belum siap.

Akmal dijangka akan memberi taklimat kepada para pembeli dalam lawatan sehari ke bandar tentera darat itu.

Ikuti siaran langsung menerusi Facebook Live Akmal Nasir esok.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER