Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Undi18: Anak Muda Bersuara

Kongsikan Artikel Ini

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 kepada September 2022 mencetuskan perasaan tidak puas hati bagi sesetengah pihak.

Tinjauan melibatkan golongan berumur 18 hingga 20 tahun mendapati terdapat reaksi kurang senang apabila SPR memaklumkan penangguhannya ke tahun hadapan.

Bagi yang menyokong penurunan had umur mengundi, mereka tidak sabar untuk memilih calon yang sesuai untuk memerintah negara.

“Perkara ini saya lihat perlu diberikan peluang bagi golongan muda yang berumur 18 tahun supaya menjadi titik langkah kepada pemerintah untuk menghargai aset-aset negara ini untuk memilih pemerintah yang mereka mahu,” katanya.

Sementara itu, pelajar STPM Sarmilah Suthangar, 20, berkata, dia amat berbesar hati untuk mengundi jika diberi peluang.

Katanya, dia menyedari pentingnya pengundian dalam memilih kerajaan ketika mengambil subjek Pengajian Am sewaktu berada di tingkatan enam.

“Saya pelajar STPM dan saya mempunyai ilmu tentang politik dan saya yakin generasi hari ini cakna dan sentiasa mengemas kini tentang isu-isu politik di Malaysia,” katanya ketika ditemu bual.

Alasan ‘lekeh’

Menurut seorang pelajar Kolej Matrikulasi pula menyifatkan alasan penangguhan diberikan sebagai “lekeh”.

“Undi18 perlu dilaksanakan secepat mungkin untuk memberi peluang golongan muda memilih pemerintah dan pihak SPR tidak sewajarnya memberikan sebab yang tidak munasabah,” katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Liyang, 19.

SPR pada 22 Mac mengumumkan Undi18 dan pendaftaran automatik ditangguhkan ke September 2022 kerana rancangan mereka terjejas dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sementara itu, seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Shashivarmaan menyifatkan penangguhan Undi18 sebagai serangan terhadap demokrasi.

“Hak golongan muda berumur 18 hingga 20 tahun telah dicabul hak mereka untuk memainkan peranan dalam memastikan kelangsungan masa hadapan negara terbela.

“Hal ini juga akan menyebabkan golongan muda rasa tersisih dan hilang minat terhadap isu politik di Malaysia,” katanya.

Ilmu politik tak cukup

Bagaimanapun, terdapat juga golongan muda yang masih tidak bersedia untuk mengundi.

Menurut pelajar kejuruteraan yang hanya mahu dikenanali sebagai Lavintharan, 20, rata-rata kawan-kawannya masih belum bersedia untuk menunaikan tanggungjawab mengundi kerana tidak mempunyai ilmu tentang politik.

“Penangguhan Undi18 adalah keputusan yang tepat kerana golongan muda yang berumur 18-20 tahun kurang peka dengan isu semasa lebih-lebih lagi isu politik,” katanya.

Sementara itu, pekerja sambilan kedai runcit, Nor Anis Ramli, 18, menegaskan Undi18 tidak relevan kerana tidak semua yang berumur 18 tahun cakna dengan isu politik.

“Tidak semua yang berumur 18 tahun celik dengan isu Undi18 dan kadangkala berasa takut mengundi dengan menggunakan emosi semata-mata, itu yang kita tidak mahukan.

“Rata-rata dari kami baru sahaja habis bersekolah dan tidak mengetahui ilmu politik dengan mendalam kerana kami tidak diajar tentang ilmu politik semasa dibangku sekolah,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER