Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Polis Korea Selatan Rampas Dadah RM20 Juta Dari Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

SEOUL, 2 April – Pihak pendakwa raya Korea Selatan berjaya menumpaskan kartel dadah antarabangsa dan menjejaki kemudahan pembuatan dadah dengan kerjasama polis Malaysia, lapor agensi berita Yonhap hari ini.

Pejabat Pendakwa Tertinggi (SPO) berkata, pihaknya dengan kerjasama pejabat kastam, menyita 16.4 kilogram (kg) methamphetamine yang dihantar ke Korea Selatan dari Malaysia pada Januari hingga Mac.

Salah seorang anggota kartel dadah itu didapati cuba menyeludup hampir 16 kg methamphetamine, yang dirampas oleh pejabat pendakwa Incheon dan Cheongju Januari tahun lalu.

Pihak SPO turut berkongsi maklumat jenayah dan kaedah penyeludupan dadah dengan polis di Kuala Lumpur.

Hasil risikan, polis Malaysia menahan 13 anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Mereka turut merampas dadah terlarang bernilai 5.42 bilion won (RM19.87 juta) merangkumi 64 kg ketamin dan 12.2 kg methamphetamine serta peralatan memproses dadah.

SPO juga melakukan siasatan bersama polis Thailand di samping merancang untuk memperkuat kerjasama dengan pihak berkuasa siasatan Laos untuk menyekat perdagangan dadah ke Korea.

Penyeludupan dadah menerusi penerbangan kini berkurangan berikutan prosedur imigresen yang lebih ketat dan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, penyeludupan menerusi laut dan Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS), di mana dadah disembunyikan dalam pakaian atau makanan, kini meningkat.

Bagi membanteras kegiatan itu, SPO memperketatkan pemantauan terhadap penghantaran dari Malaysia dan segera berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa asing bagi mengenal pasti dalang sidiket penyeludupan itu.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER