Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

AMK Lancar Jelajah Prihatin Rakyat Ahad Ini – Akmal Nasir

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 2 April – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarian JEJAK RUMAH PR1MA BERMASALAH bermula Ahad ini.

Menurut ketuanya, Akmal Nasir, persoalan demi persoalan yang beliau bangkitkan mewakili para pembeli rumah PR1MA masih gagal dijawab secara munasabah oleh YB Menteri KPKT dan Pengerusi PR1MA.

“Apa yang kami mahukan adalah kejujuran, kesungguhan dan jaminan bahawa nasib para pembeli akan dibela sebaiknya.

Masalah yang dikemukakan bukanlah isu terpencil mahupun hanya melibatkan hanya satu atau dua projek,” katanya.

Tambah beliau, “semasa pertemuan saya bersama dengan mangsa-mangsa rumah PR1MA Tebrau, Johor Bahru dan PR1MA Melaka Tengah 2, saya terus dihubungi oleh kumpulan-kumpulan pembeli yang mahukan keadilan dan pembelaan.

Bagi mempertahankan dan memperjuangkan nasib mereka, saya akan terus menjejaki rumah PR1MA bermasalah dan jelajah AMK yang seterusnya adalah ke Negeri Sembilan seperti berikut:-

Tarikh: 4.4.2021 (Ahad)
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Tapak Pembinaan PR1MA Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau mengalu-alukan kehadiran wakil media untuk sidang media yang akan diadakan di lokasi sama sejurus selepas pertemuan tersebut.

Beliau turut menjemput wakil #PR1MA untuk turut bersama.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi sdr Arshad (SUK AMK) 017 392 4192.

Sekian, terima kasih.

#LawanTetapLawan
#YangMenjalankanAmanah

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER