Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Nahas Sriwijaya Air: Perakam Suara Pesawat Akhirnya Ditemui

Kongsikan Artikel Ini

JAKARTA, 31 Mac – Perakam suara kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu ke dalam Laut Jawa dekat Jakarta dan mengorbangkan 62 penumpang serta kru penerbangan berjaya ditemui, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Rabu.

Pesawat itu yang berusia 26 tahun terjunam ke dalam laut pada ketinggian 3,000 meter selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Para penyelam sebelum ini telah mencari perakam suara itu yang merakamkan perbualan antara juruterbang-juruterbang pesawat itu selepas ia terhempas.

Perakam data penerbangan pesawat itu sebelum ini telah dijumpai oleh para penyelam di laut itu.

Beberapa pegawai berkata, sidang akhbar penemuan Perakam Suara Kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air itu akan diadakan tengah hari ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER