Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Bimbang Kerajaan PN Bebas Guna Dana Rakyat – Peguam

Kongsikan Artikel Ini

Beberapa peguam bimbang pewartaan Ordinan Darurat yang membenarkan kerajaan bebas menggunakan Kumpulan Wang Disatukan ketika darurat, mungkin menyebabkan penyalahgunaan kecuali terdapat semak dan imbang.

Rafique Rashid Ali berkata, peraturan baru itu akan memberikan mereka kuasa mutlak ke atas dana itu dan mewujudkan “pemerintahan diktator atau dikuasai seorang individu atau sebuah parti politik”.

“Mereka mempunyai akses ke atas dana awam. Ia memberi kesan menakutkan kerana mereka mempunyai kuasa untuk memperluaskan dana tanpa semak dan imbang yang dibawakan Parlimen,” katanya.

Terdahulu, satu Ordinan Darurat diwartakan yang membolehkan perdana menteri dan menteri besar atau ketua menteri meluluskan belanjawan tambahan dan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu melepasi Dewan Undangan Negeri semasa tempoh darurat. Ia berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini, mereka perlu mendapatkan kelulusan Parlimen atau DUN sebelum boleh menggunakan dana itu.

Rafique berkata, Ahli Parlimen boleh mempersoalkan pihak berkuasa mengenai jumlah yang digunakan atau diperlukan, serta “sekurang-kurangnya ada ketelusan. Jika kerajaan kata ia akan membelanjakan RM100 juta, Ahli Parlimen boleh mempersoalkan alasan untuk jumlah itu atau meminta dana lebih sedikit digunakan”.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan kini mempunyai terlalu banyak kuasa dan kuasa ini digunakan tanpa sebarang perbahasan serta menurut kehendak dan sesuka hati kerajaan semasa.

Fahri Azzat, peguam kebebasan awam berkata, Malaysia tidak patut berubah menjadi “negara penyangak” dengan dana boleh digunakan tanpa dipersoalkan.

“Ia seperti kita di bawah pemerintahan totalitarianisme.

“Kita di tahap rakyat merasakan terdapat banyak konspirasi. Rakyat mungkin merasakan (kerajaan) terlalu bebas. Semak dan imbang diperlukan.”

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, peruntukan tambahan itu difahami untuk kerajaan dibenar menggunakan Kumpulan Wang Disatukan di bawah Perlembagaan.

“Tetapi, apa risikonya kepada rakyat, memandangkan ia dilakukan tanpa sebarang pemantauan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya membenarkan Parlimen dan DUN bersidang ketika darurat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

“Jika tiada pemantauan, adakah kita mempunyai kepercayaan untuk dana itu tidak disalahgunakan?” soalnya.

Tambahan, timbul kerajaan berhubung majoriti dimiliki kerajaan selepas Perikatan Nasional mengambil alih Putrajaya.

Oleh itu, Haniff berkata, negara mungkin tidak memerlukan kerajaan sehingga darurat tamat dan mencadangkan Agong melantik seorang penasihat untuk pengurusan negara.

“Kita tidak memerlukan perdana menteri ketika darurat. Ini dilakukan selepas (rusuhan) 1969. Kenapa kita memerlukan sebuah kerajaan dengan majoriti diragui yang akan menggunakan dana persekutuan tanpa sebarang pemantauan?” soal Haniff.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER