Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

4 Tekong Dan 36 PATI Berjaya Ditahan TLDM

Kongsikan Artikel Ini

PASIR GUDANG, 31 Mac – Seramai 36 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan empat tekong laut warga Indonesia ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Tanjung Penawar, Johor, awal pagi tadi.

Semua mereka ditahan selepas Kapal Diraja (KD) Ganyang, milik TLDM, mengatur gerak bot pemintas iaitu bot tempur 102 RHIB Julong-Julong dan RHIB Pengerang untuk melaksanakan rondaan di Tanjung Penawar yang menjadi kawasan tumpuan pendaratan PATI.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, berkata RHIB Julong-Julong dan RHIB Pengerang telah mengesan sebuah bot mencurigakan di 1.5 batu nautika, Tanjung Penawar, pada jam 11.30 malam tadi semasa melaksanakan rondaan.

“Kedua-dua bot pemintas ini mengejar bot yang mencurigakan itu sebelum menahan dan melakukan pemeriksaan untuk tindakan selanjutnya oleh Pasukan Menggeledah, KD Ganyang tiba di lokasi tangkapan pada jam 1 pagi.

“Bot kemudian ditunda masuk ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Musoh dan mendapati terdapat 36 orang PATI dan empat tekong laut membuat cubaan masuk ke Malaysia secara haram melalui pintu yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua individu yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dengan menaiki sebuah bot dengan kapasiti 400 kuasa kuda tanpa permit dan dokumen sah.

“TLDM merampas bot berkenaan dianggarkan bernilai RM10,000 dan dua enjin berjenama Yamaha RM160,000.

“Semua PATI serta tekong laut diserahkan kepada Tim Op Merpati 1 (2 Rejimen Artileri Diraja) untuk pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum tindakan susulan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang membabitkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara.

TLDM juga sentiasa memperkasakan kesiagaan aset-aset Operasi Benteng (Op Benteng) Laut di bawah National Task Force (NTF) demi menjaga perairan dan kedaulatan undang-undang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER