Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

SUA DAP Persoal Perbelanjaan Kerajaan PN, Angka Pengangguran, Denda Tidak Seimbang

KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Sidang kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos depan. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kongsikan Artikel Ini

Lim Guan Eng menyatakan kebimbangannya berhubung ekonomi, negara, dan denda yang tidak seimbang bagi kesalahan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Lim, bekas menteri kewangan, kini menjalani penggal terakhir sebagai setiausaha agung DAP.

Berbelanja untuk menyimpan

Lim berkata, kerajaan perlu berbelanja lebih banyak bagi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan supaya ekonomi boleh berkembang.

“Dalam suasana normal baharu ini, saya rasa unsur terpenting adalah harapan. Saya rasa ia paling utama. Anda mesti memberi harapan kepada generasi muda bahawa keadaan boleh menjadi lebih baik, ” katanya.

Beliau berkata, RM300 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak awal wabak tidak berkesan dalam mewujudkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya melalui RM20 bilion dalam pelan Pemerkasa yang terkini.

“Kita perlukan sekurang-kurangnya RM45 bilion lagi. Apakah yang anda buat dengan wang itu? Anda mesti menyediakan jaring keselamatan, terutama kepada pengangguran yang semakin meningkat. Anda kemudian harus beri bantuan, dari segi geran kepada perniagaan kecil. ”

Beliau meminta tablet komputer diberikan kepada semua pelajar, bukan hanya terhad kepada 150,000 orang, selain peluasan moratorium pinjaman automatik kepada individu daripada golongan berpendapatan pertengahan M40 dan B40.

“Angka membimbangkan”

Lim meluahkan kebimbangan mengenai kadar pengangguran yang tinggi di negara ini, terutama dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) harus memfokus kepada usaha menangani pengangguran, bukannya mengetengahkan angka makroekonomi, seperti penilaian kredit Malaysia, defisit belanjawan dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Angka yang benar-benar menakutkan kita adalah kadar pengangguran. Pengangguran mencapai paras tertinggi 5.3% pada Mei tahun lalu, ” katanya, selain menambah bahawa angka paling membimbangkan adalah kadar pengangguran 13.5% dalam kalangan orng muda, antara yang tertinggi dalam beberapa dekad.

Lim memberi amaran bahawa negara berpotensi kehilangan seluruh generasi dalam tenaga kerja jika kerajaan tidak mengambil tindakan.

Optimisme vaksinasi

Lim juga mengingatkan kerajaan agar tidak terlalu optimis menyelesaikan program imunisasi kebangsaan pada akhir tahun ini, dengan alasan kadar pendaftaran yang relatif rendah.

Sehingga 23 Mac, sejumlah 6.4 juta orang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui aplikasi mudah alih MySejahtera, daripada 32 juta penduduk negara ini.

Mengulas cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menetapkan tarikh akhir pendaftaran pada Jun, Lim berkata. ia tidak dapat dilaksanakan melainkan kerajaan mewajibkan vaksinasi, yang hanya bermakna mengenakan lebih banyak denda.

Denda yang tidak seimbang

Lim menolak kenaikan denda kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan dengan berkata, ia tidak seimbang.

“Mengapa hendak menghukum orang? Di satu pihak, anda memberikan mereka RM600 sekali gus atau beberapa ribu ringgit dalam bentuk geran kepada perniagaan, tetapi di sisi lain, anda mengambil RM10,000 daripada individu dan RM50,000 daripada syarikat melalui denda.

“Anda mengambil lebih banyak daripada yang anda berikan dan anda sebenarnya tidak membantu mencapai objektif.”

Lim berkata, jika kerajaan ingin menghukum mereka yang bertanggungjawab atas peningkatan kes Covid-19, ia harus melihat menteri Kabinet yang berprestasi rendah.

“Mengapa pada gelombang kedua, anda melihat lonjakan (kes)? Menteri Kabinet tidak menjalankan tugas mereka. Jelas.

“Sekiranya mereka menjalankan kerja pada waktu itu dan mencegah lonjakan kes, saya yakin kita tidak perlu menempuh PKP sekali lagi. Itu benar-benar merugikan ekonomi.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER