Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRU15: Jika Bersatu Lawan Umno, PAS Musuh Atau Kawan..?

Kongsikan Artikel Ini

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta PAS menyatakan pendirian parti itu sekiranya Bersatu bertembung dengan Umno pada PRU-15.

“Kita dengan Muafakat Nasional (MN) sehingga hari ini akan terus dipertahankan dan diperkasakan.

“Tetapi memang tentu kita kena tanya sahabat kita PAS, pendirian mereka terhadap Muhyiddin untuk bertanding di semua kerusi Umno.

Kata Asyraf, Pemuda Umno sebulat suara menyokong keputusan parti untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

“Isu yang paling dibincangkan ialah hubungan dengan Bersatu.

“Ini telah diputuskan oleh Pemuda bahawa Pemuda Umno mendokong dan menyokong keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan persidangan Pemuda Umno, di PWTC, Kuala Lumpur, petang tadi.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan berkata keputusan Umno sama ada mahu bekerjasama atau tidak dengan mana-mana parti politik pada PRU15 adalah hak dan pilihan parti sendiri.

“Itu pandangan Umno… kalau buat keputusan begitu, itu hak mereka. Kalau mereka cakap tidak mahu bekerjasama dengan kita pun, pilihan mereka. Kalau nak bekerjasama dengan kita pun, itu hak mereka,” katanya, lapor Bernama.

Muhyiddin tanpa menyebut Umno, berkata, “tak apalah, kalau dia nak, ambillah (bertanding di) 222 kerusi… menang semua kerusi, boleh bentuk kerajaan.

“… tapi kalau dia ambil semua, saya pun ambil semua. Lawan satu dengan satu, boleh juga. Lawan satu dengan dua pun boleh juga… ini politik,” katanya dipercayai merujuk kemungkinan pertembungan dengan Umno pada PRU15.

Pada 3 Mac lalu, Malaysiakini melaporkan yang Umno telah menghantar surat bagi memaklumkan keputusan MT parti itu untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Surat itu dihantar kepada Muhyiddin selaku presiden Bersatu.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin sehari selepas itu memaklumkan yang parti itu telah menerima surat berkenaan.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang akan berakhir esok dijangka akan mengabsahkan keputusan MT menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania