Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PAU 2020: Presiden Pas Lari Lepas Dengar Ucapan Zahid?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kehangatan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) berterusan apabila dikhabarkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang enggan mengulas pertanyaan daripada pemberita yang mahu mendapatkan reaksi segera beliau mengenai hala tuju politik parti Islam itu serta hubungannya dengan Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi yang hadir bersama timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perasmian PAU 2020 yang dirasmikan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi dikatakan terus keluar dari Dewan Merdeka yang menghimpunkan para perwakilan UMNO seluruh negara yang berkampung sejak semalam.

Ucapan dasar Presiden UMNO hari ini secara bersahaja dan berlapik mengingatkan PAS mengenai sikap yang wajar diambil sebagai sekutu dalam Muafakat Nasional (MN), dipercayai antara punca utama mengapa Abdul Hadi bertindak demikian.

Kata Ahmad Zahid Hamidi, MN itu dijelmakan dengan iringan air mata dalam kalangan ahli kedua-dua parti selepas mereka bersengketa selama lebih enam dekad.

Melalui MN katanya kedua-dua parti bersetuju untuk tidak tergesa-gesa menyertai mana-mana gabungan parti politik dan Umno bertegas dengan ketetapan itu.

 

 

Tambahnya, dalam keadaan kedua-dua kaki Umno “berpijak di bumi sama”, parti itu tidak akan mengambil sikap seperti lalang ditiup angin.

Piagam MN yang termeterai belum sampai ke penghujungnya. Namun belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Kaki kita mesti berpijak di tapak yang sama.

“Tapak yang berbeza tidak menjanjikan sebarang keberuntungan, apatah lagi, pertambahan kerusi,” katanya.

Ia secara halus boleh dianggap teguran kepada PAS yang kini menjadi sebahagian daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu.

Isu penyertaan PAS dalam PN sudah berkali-kali dibangkitkan pimpinan Umno namun ia kekal secara tersirat. Bagaimanapun Pemuda PAS semasa menzahirkan rasa tersinggung mereka apabila Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki memetik peristiwa pertembungan Khawarij dan Sayidina Ali Abi Talib dalam ucapannya.

Pemuda PAS kemudian mengeluarkan amaran agar Umno tidak biadab di depan pemimpin mereka hari ini.

Untuk rekod, Abdul Hadi Awang berada di atas pentas utama bersama kepimpinan UMNO semasa Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasarnya pagi ini.

Menurut Ahmad Zahid sebagai rakan politik, Umno akan terus jujur menterjemah piagam dan persefahaman yang dimeterai dengan PAS.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga menjelaskan, apabila dia bercakap mengenai penetapan semula (reset) politik negara, ia merujuk kepada MN namun disalah faham oleh ramai orang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER