Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Korban Apartmen Runtuh Di Kaherah Meningkat

Kongsikan Artikel Ini

KAHERAH, 28 Mac –Sebuah bangunan apartmen yang menempatkan penghuni di daerah Gesr El-Suez, berhampiran ibu negara Kaherah runtuh awal pagi tadi waktu Malaysia.

Bilangan korban apartmen sembilan tingkat yang runtuh di Kaherah meningkat kepada 18 orang, menurut media tempatan.

Menurut akhbar Al-Ahram, bangunan yang terletak di ibu negara itu runtuh pada awal Sabtu dan pekerja mencari dan menyelamat menemui mayat sepanjang hari.

Jentera pengorek dilihat menggali di celah-celah runtuhan di kejiranan el-Salam.

 

Polis menutup kawasan tersebut.

Mereka membawa keluar empat orang di hadapan saya, yang kelihatan pada saya seperti mereka telah tiada,” kata seorang penduduk di kejiranan itu, Mohamamed Mostafa.

Sekurang-kurangnya 24 orang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital, menurut kenyataan Ketua Pentadbiran Kaherah, Khalid Abdel-Al.

Bagaimanapun angka korban yang dikeluarkan pejabatnya ialah sembilan orang.

Punca kejadian masih tidak diketahui. Satu jawatankuasa kejuruteraan ditubuhkan bagi memeriksa struktur bangunan di kejiranan tersebut, kata Abdel-Al.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania