Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

“Hubungan Umno-Bersatu Memang Tak Boleh Diselamatkan”

Kongsikan Artikel Ini

Pemuda Umno berpendapat PAS sepatutnya sudah memahami bahawa tiada jalan tengah dapat dicapai untuk Umno bergerak bersama Bersatu.

Menurut ketua Pemuda Umno itu pihaknya percaya PAS sendiri menanti-nanti pendirian terkini Umno terhadap Bersatu dan berharap keadaan dapat diselamatkan.

Dengan adanya penjelasan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini serta kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam, kata Asyraf Wajdi, ia memberi isyarat jelas mengenai hubungan kedua-dua parti.

“Walaupun mereka (PAS) berharap pada peringkat awal untuk Umno dan Bersatu ini diselamatkan hubungannya, tetapi saya kira – sebagaimana kenyataan Muhyiddin yang berkata (Bersatu) akan bertanding di semua kerusi Umno – itu jelas memberikan isyarat bahwa memang Umno dan Bersatu tak boleh bersama,” katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Kata Ahmad Zahid sewajarnya “kedua-dua kaki” anggota MN berada pada tapak yang sama dan belum terlambat untuk PAS kembali ke pangkal jalan.

Ahmad Zahid juga berkata MN sebelum ini bersetuju bahawa kedua-dua parti untuk tidak tergesa-gesa menyertai sebarang gabungan parti lain – suatu kenyataan yang jelas ditujukan kepada PAS.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER