Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Keahlian Tun Faisal Dalam UMNO Digantung 6 Tahun

KUALA LUMPUR 26 NOVEMBER 2017. Felo, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz (kiri), ketika Muktamar Khayr Ummah 2017 (KUC) anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Timbalan UMNO Ketua Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz digantung keahliannya dalam UMNO selama enam tahun.

Keputusan itu dibuat Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, hanya seorang sahaja yang digantung keahliannya dan tiada pemecatan dibuat melibatkan ahli UMNO lain.

“Ya, seorang sahaja,” katanya kepada media di perkarangan Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipercayai menggerakkan agenda bagi menyekat peluang Tun Faisal menjadi calon bagi kawasan Parlimen Putrajaya.

Menurut sumber, ini selepas Ahli Parlimen Putrajaya itu dikatakan merancang agar Tun Faisal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti dengan membuat aduan atas kesalahannya mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber itu yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Putrajaya mendakwa, perancangan dibuat melalui satu pertemuan tertutup dengan sekumpulan kira-kira 50 ahli jawatankuasa bahagian dan ketua cawangan untuk menyokong tindakan tersebut dengan diminta setiap orang menandatangani surat sokongan.

Dalam pada itu, Tun Faisal berkata beliau masih belum menerima surat pergantungan berkenaan.

“Saya tunggu dahulu kenyataan rasmi daripada MT UMNO,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahmad Maslan turut mengesahkan kehadiran tetamu kehormat esok yang terdiri daripada Presiden Pas dan timbalannya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, Presiden dan Timbalan Presiden MIC serta MCA turut hadir pada persidangan Perhimpunan Agung UMNO berserta Timbalan Presiden PBRS, Setiausahanya dan Friends of BN.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania