Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Undi 18: Kematangan Bukan Bergantung Umur Kata Duta Timur Tengah

Kongsikan Artikel Ini

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak mempunyai isu berhubung penundaan pelaksanaan had umur undi 18 tahun ketika memberi respons terhadap kritikan terhadap pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

“Kita setuju. Yang penting bagi kita mahu rakyat yang matang memilih kerajaan yang matang,” kata Hadi kepada pemberita di Marang, Terangganu selepas kuliah mingguannya.

Hadi berkata PAS tidak terkesan dengan penangguhan pelaksanaan had umur 18 tahun untuk mengundi.

Menurut Hadi, kematangan seseorang itu subjektif termasuk pandangan yang mengatakan seseorang itu menjadi matang ketika mencapai umur 18 tahun.

“Undi bergantung kepada kematangan, bukan undi pada 18 tahun saja, mesti ada kematangan,” kata Hadi.

Semalam, SPR mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka akan dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata Pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka akan dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Katanya, situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Justeru, persiapan ke arah pelaksanaan tersebut masih berjalan termasuklah gerak kerja seperti pembangunan sistem, semakan dan penyelarasan data, program libat urus susulan bersama agensi kerajaan, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) serta persiapan-persiapan lain yang berkaitan dengannya

“Kita tak boleh terpengaruh dengan barat.

“Dalam Islam, kematangan seseorang boleh berlaku umur 16, 18, dan boleh berlaku pada 25.

“Bahkan ada orang umur 40 pun masih belum matang,” katanya.

Dalam pada itu, Hadi berkata beliau akan memenuhi jemputan Umno untuk turut serta dalam perhimpunan agung parti itu yang diadakan esok.

Pimpinan Umno dijangka bakal memutuskan pendirian parti itu sama ada kekal bekerjasama dengan Perikatan Nasional, gabungan politik kerajaan yang turut dianggotai PAS atau memutuskan hubungan dengan gabungan politik tersebut.

Hadi berkata PAS kekal berpandangan untuk bertanding satu lawan satu berdepan Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, pilihan raya penting demi memperkukuh majoriti kerajaan.

“Namun majoriti besar itu bukan perkara utama, (yang) utamanya kerajaan yang adil.

“Kekuatan kita bergantung kepada adil kita kepada rakyat,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER