Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Zahid Kata Masih Tak Ada Kerjasama Bersama KEADILAN

Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi leaving at the KL court complex after turning up to support Datuk Seri Najib Tun Razak,Thursday, October 25, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi parti itu mungkin bekerjasama dengan KEADILAN menjelang PRU ke-15.

Menurut Zahid, tiada perbincangan seumpama itu antara dua parti tersebut.

“Ya, saya dan Anwar berjumpa di Parlimen, di majlis perkahwinan, tetapi langsung tiada perbincangan, rasmi atau tak rasmi.

“Bukan dengan saya, bukan dengan (timbalan presiden Umno) Mat Hassan,” katanya seperti dipetik akhbar The Star hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris itu menemu bual Zahid menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media berkata ada “perbincangan awal” antara beberapa pemimpin KEADILAN dan Umno.

Beliau juga membayangkan ada ahli Parlimen Umno yang menunjukkan sokongan terhadap cadangan kerjasama itu.

Bagaimanapun, menurut Zahid, tiada mana-mana pemimpin Umno yang diberi kuasa untuk mengadakan perbincangan dalam soal itu dengan KEADILAN.

“Anda perlu tanya dia dengan siapa dia berbincang, tetapi Umno tak beri kuasa kepada mana-mana wakil untuk buat perbincangan,” katanya.

Zahid pada masa sama tidak menolak kemungkinan penerokaan kerjasama dengan parti pembangkang itu selepas PRU ke-15.

“Tetapi pada masa ini tiada perbincangan, sama ada dengan KEADILAN, DAP ataupun PH,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER