Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Sekolah Ditutup Akibat 11 Guru Positif Covid-19

Covid - 19 and corona virus blood test sample, negative and positive tests, reagents and glassware.
Kongsikan Artikel Ini

KOTA BHARU – Sebuah sekolah di Ketereh dekat sini terpaksa ditutup selepas 11 guru dan seorang murid dipercayai positif Covid-19.

Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid tersebut.

Kes berkenaan dikesan semalam selepas guru terbabit menjalani ujian calitan.

Sekolah ditutup selepas diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti lagi kontak rapat guru terbabit.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER